Tuesday, March 4, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masalah teknikal punca 2 cedera

    TEHRAN, 18 SEPT – Sebuah projektil Iran yang tersasar semasa ujian ketenteraan jatuh di utara negara itu, mencederakan dua orang, kata pegawai dan media tempatan hari ini.

    Insiden itu berlaku ketika tentera Iran sedang menjalankan ujian bagi sistem dron dan serangannya di kawasan padang pasir sebelum projektil itu mengalami masalah teknikal.

    Projektil itu ‘berkecai dan serpihannya jatuh di bandar Gorgan’, ibu kota wilayah wilayah Golestan utara, kata jurucakap kementerian pertahanan, Reza Talaei-Nik.

    “Dua orang cedera,” lapor agensi berita ISNA, memetik pegawai wilayah Ali Mohajer.

    Jenis projektil itu tidak jelas, dengan beberapa media tempatan melaporkannya sebagai dron manakala yang lain berkata ia adalah peluru berpandu.

    Media tempatan berkongsi rakaman yang menunjukkan kawasan yang dikepung di mana serpihan itu jatuh, dengan beberapa kedai di sekitarnya mengalami kerosakan teruk.

    Di Gorgan, yang mempunyai populasi kira-kira 350,000 orang, penduduk berkata mereka mendengar bunyi yang kuat apabila sebahagian serpihan menghentam salah satu jalan utama di bandar itu. – AFP

    Gambar Alarabiya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda