BELAIT, 6 MEI – Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberikan kembali kepada mereka yang memerlukan sejajar dengan Rukun Islam, Kumpulan Syarikat Mashhor (Mashhor) telah menyerahkan sumbangan zakat tahunan syarikat pada pagi tadi.
Hadir pada majlis penyerahan di Pejabat Hal Ehwal Ugama cawangan Daerah Belait ialah Pengerusi Mashhor General Contractor Sdn Bhd, Dr Haji Malai Abdul Hamid bin Malai Mashhor.
Zakat syarikat berjumlah $43,000 telah diterima oleh Pemangku Ketua Pegawai Agama di Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin, bagi pihak Pejabat Hal Ehwal Ugama. Turut hadir ialah Pengarah Kewangan Syarikat Mashhor, Hajah Sharifah Mariam binti Malai Mashhor.
Dengan penyerahan zakat berkenaan, syarikat berharap wang tersebut dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik serta meringankan bebanan mereka semasa membuat persiapan untuk Hari Raya akan datang.
