Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masih ada yang jujur

    LANGKAWI, 29 Dis – Seorang petugas pembersihan di sebuah hotel serta sedang mengandung tujuh bulan tidak mudah gelap mata apabila menemukan sejumlah wang tunai ketika sedang bertugas. Siti Nuraminira, 33, petugas di Hotel Adya Langkawi memilih untuk menyerahkan wang tunai berjumlah AS$5,000 (kira-kira RM20,295) yang dijumpainya kepada pengurusan hotel itu kelmarin.

    Menceritakan semula peristiwa itu hari ini, dia berkata ia berlaku sekitar 2 petang ketika sedang mengemas sebuah bilik penginapan yang sebelum itu dihuni oleh seorang pelancong dari Pakistan yang datang bersama ke-luarganya.

    “Semasa saya mengangkat kain cadar yang digunakan di atas katil anak damit dalam bilik itu, saya terjumpa satu sampul dan apabila diperiksa, di dalamnya mengandungi berkeping-keping wang tunai,” katanya.

    Tanpa berfikir lama, dia menyerahkan wang tunai itu kepada penyelianya bagi membolehkan pihak pengurusan memberitahu pelancong berkenaan yang sudah pun berada di Pakistan, tentang penemuan itu.

    Ketika ditanya mengenai situasinya sebaik terjumpa wang itu, Siti Nuraminira berkata beliau lebih memikirkan mahu mencari rezeki halal dan hasil titik peluh sendiri serta bekerja lama di hotel tersebut.

    Katanya ini bukanlah kali pertama baginya menjumpai wang tunai atau barang berharga yang tertinggal dalam bilik penginapan semenjak bekerja di Hotel Adya Langkawi kira-kira tiga tahun lepas.

    “Sebelum ini saya pernah menemukan wang tunai lebih RM1,000, telefon bimbit dan sebagainya, semuanya saya serahkan kepada pihak hotel untuk dikembalikan kepada pemiliknya. Niat saya hanyalah untuk bekerja dengan amanah,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda