Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Masih ibu tunggal usia 50’

    Jendela menuju relung hati bintang jolokan Primadona Filem Melayu ini tidak pernah tertutup sejak berpisah dengan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, sedekad lalu.

    Namun, itu tidak bermakna begitu mudah buat aktres jelita, Erra Fazira mencari pengganti bagi mengisi kekosongan diri.

    Meskipun sudah beberapa kali ‘dijodohkan’ dalam media sosial, namun jawapan terpacul daripada mulut pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek ini tidak pernah berubah, masih menggalas status ibu tunggal dan kekal bahagia dengan gelaran itu.

    Bagi Erra, definisi bahagia setiap insan berbeza-beza dan untuk dirinya kebahagiaan tidak seharusnya bergantung kepada manusia.

    “Bahagia sangat subjektif dan jujurnya, saya bahagia meskipun hidup bersendiri. Ada orang bila ada pasangan barulah rasa bahagia, manakala saya pula berpendapat kebahagiaan bukan bergantung kepada manusia.

    “Kita boleh cipta kebahagiaan dengan cara yang kita mahu. Kalau nak bahagia pun bersyarat, susahlah macam tu.

    “Bila terlalu bergantung dengan manusia, mereka boleh tumbangkan dan sakitkan hati kita,” katanya kepada BH Online.

    Disebabkan status yang masih belum bergelar isteri, pelakon filem Rumah itu mengakui pernah ada dalam kalangan teman-teman cuba mengatur jodoh untuknya secara rahsia.

    “Mereka ajak saya keluar makan, tapi tiba-tiba ada lelaki ikut bersama. Rupa-rupanya mereka nak ‘jodohkan’ saya dengan lelaki berkenaan.

    “Saya faham niat mereka baik dan prihatin dengan apa yang terjadi, tapi saya tak selesa dengan apa yang dilakukan. Adalah juga saya membebel supaya tak ulang perbuatan sama pada masa akan datang.

    “Kalau boleh saya lebih selesa cari sendiri bakal suami. Masalahnya, saya tak suka nak keluar rumah, jadi macam mana nak jumpa jodoh,” cerita Erra sambil tertawa. – Agensi

    Erra enggan bergantung kepada lelaki, bimbang hati disakiti. – Mstar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...