Masih terlalu jauh untuk iktiraf Taliban – Biden

WASHINGTON, 7 SEPT – Presiden Joe Biden semalam berkata belum tiba masanya dan ‘masih terlalu jauh’ untuk Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf kumpulan Taliban, yang menguasai Kabul pertengahan Ogos lalu selepas pengunduran AS, lapor agensi Anadolu.

Biden berkata demikian kepada wartawan di Rumah Putih.

Pada taklimat Khamis lalu, setiausaha akhbar Rumah Putih Jen Psaki berkata AS enggan terburu-buru dalam mengiktiraf Taliban dan akan menilai ‘tindakan mereka’.

Pada 31 Ogos, AS mengumumkan tamatnya operasi membawa keluar tenteranya dari Afghanistan, sekali gus mengakhiri peperangan yang disifatkan terpanjang dalam sejarah Amerika. – Bernama

Presiden Joe Biden berjalan menuju ke State Dining Room di Rumah Putih untuk siding media mengenai pengunduran tentera AS dari Afghanistan pada 31 Ogos di Washington, DC. – AFP