GENEVA – Ketika Switzerland berusaha untuk mengekang penularan virus yang semakin meningkat di Eropah, mereka dicengkam dengan satu persoalan ‘panas’, adakah masih selamat untuk berkongsi fondue?
Makanan kebangsaan Swiss yang disukai mengandungi keju dalam sebuah bekas caquelon yang dipanaskan menggunakan api.
Secara tradisi, keju fondue Swiss dimakan dengan mencelup roti menggunakan garpu panjang dipegang menggunakan tangan, bersama kawan-kawan atau saudara mara berkongsi bekas yang sama.
Tetapi bolehkah pengalaman kulinari Swiss yang meriah tersebut masih boleh dilakukan dengan selamat di tengah-tengah penularan pandemik?
Topik tersebut semakin hangat diperdebatkan dalam laman sosial. Salah satu cadangan yang dinyatakan adalah memakan fondue dengan mengekalkan penjarakan fizikal.
Sementara yang lain berkata, satu sentuhan yang lebih realisme mencadangkan setiap pelawat mengambil dua garpu dan satu pisau, di mana satu garpu untuk mencaduk ke dalam fondue, manakala pisau pula untuk membantu mengasingkan roti tersebut sementara garpu kedua untuk memakannya.
Pihak pemberita juga telah meminta pertolongan pakar, malah memanggil pakar penyakit berjangkit Geneva Didier Pittet.



“Satu risiko dikaitkan dengan fondue? Pastinya tidak,” kata lelaki tersebut yang dianggap sebagai peneroka kepada pensanitasi tangan berasaskan alkohol.
Badan industri tersebut mengatakan ia telah membuat kajian mengenai persoalan itu lebih dekat dan merumuskan risiko mendapatkan COVID-19 semasa menikmati satu fondue dengan makanan lain adalah sangat kecil.
Pakar penyakit berjangkit berpangkalan di Zurich Profesor Christian Ruef menyatakan “Dalam periuk fondue, keju tersebut mencapai suhu yang mencukupi untuk membunuh sebarang virus.”
Sama ada ianya adalah campuran setengah keju Vacherin dan Gruyere, atau satu fondue dimasak dengan tomato, morels atau variasi-variasi lain, mencaduk ke dalam dan memakannya sendiri tidak mendatangkan sebarang risiko di dalamnya.
Tetapi, Ruef mencadangkan untuk bersama kumpulan kecil, walaupun satu fondue hanya untuk dua orang.
“Masalah yang timbul jika awda duduk bersama di dalam ruangan kecil untuk suatu petang, bercakap dengan kuat, ketawa atau menyanyi,” ujarnya.
“Ini merupakan kondisi yang ideal untuk menyebarkan virus tersebut.”
Gerald Bongioanni, pengurus Cafe du Soleil bersejarah Geneva, yang pada kebiasaannya menghidangkan sehingga 300 fondue sehari semasa musim sejuk, menjelaskan ringkas yang risiko tersebut bukannya di dalam periuk fondue itu tetapi perkumpulan yang dilakukan.
Kisah cinta keju
Setiap kawasan di Switzerland mempunyai keju fondue kegemaran tersendiri, sama ada Vacherin, Gruyere, Emmental atau Comte.
Makanan Swiss yang ikonik meningkat menjadi kegemilangan dan populariti antarabangsa sejak mewakili negara tersebut pada Pameran Dunia 1939 hingga 1940 di New York.
Sementara resipi fondue pertama Swiss bertarikh dari abad ke 17, makanan tersebut benar-benar secara rasmi sebagai makanan kebangsaan pada 1950an, apabila askar negara yang popular telah menempatkannya di dalam buku masakannya.
Walaupun fondue boleh dinikmati di rumah atau di lereng gunung Alpine dengan kit-kit dan campuran sedia untuk digunakan secara besar-besaran, mengongsi fondue bersama rakan-rakan di dalam sebuah restoran kekal menjadi tumpuan untuk kehidupan sosial orang-orang Swiss.
Tetapi sekarang restoran-restoran telah ditutup di kebanyakkan tempat negara tersebut dan Festival Fondue ke-10, di mana dirancang diadakan pada 31 oktober, telah dibatalkan disebabkan sekatan ke atas perkumpulan besar-besaran.
Bolehkah fondue menjadi penyebab kepada penularan COVD-19 kepada penggemarnya?
“Setentunya tidak!” tegas Arnaud Favre, presiden Les Compagnons du Caquelon, yang menjalankan festival tersebut.
“Makanan kebangsaan Swiss tersebut, juga rasa cinta yang dimiliki orang Swiss untuk keju, adalah lebih kuat berbanding mana-mana langkah kesihatan,” ujarnya kepada AFP.
“Jualan campuran fondue telah meningkat sebanyak 10 peratus sejak permulaan tahun ini. Ini telah menunjukkan yang sekatan-sekatan telah mengukuhkan perhubungan di antara keluarga dan kawan-kawan,” ujarnya.
Lorenz Hirt, ketua Persatuan Keju Fondue Swiss juga menegaskan yang dia tidak mempunyai kerisauan dan menyatakan angka jualan musim panas tahun ini malah lebih tinggi berbanding 2019.
Malahan Bertrand Gabioud, pengurus bersama butik keju La Fromatheque di Martigny menganggap fondue mungkin menjadi sesuatu untuk membantu melihat negara tersebut mengharungi pandemik.
“Fondue merupakan sejenis makanan bersesuaian COVID-19 yang disesuaikan mengikut situasi ketika ini kerana kami benar-benar memerlukan keceriaan dan keriangan dalam kehidupan,” katanya memberitahu AFP.
“Ia makanan yang lebih baik daripada yang lain untuk mengharungi saat-saat sukar yang kita hadapi ketika ini terutama semasa dunia sedang berdepan dengan krisis pandemik COVID-19,” ujarnya lagi. – AFP