Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Masjid Al-Aqsa diserang lagi

    BAITULMAQDIS, 5 MEI – Pertempuran meletus antara polis Israel dan rakyat Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa hari ini, selepas tiada ketegangan selama 10 hari di tapak suci itu, kata polis Israel.

    Menurut polis Israel, mereka menghalau puluhan perusuh yang dikesan melempar batu dan objek lain ke arah pasukan keselamatan.

    Wartawan AFP di lapangan melaporkan kehadiran besar pihak polis di hadapan masjid berkenaan sementara pasukan Palang Merah Palestin belum melaporkan sebarang kematian susulan keganasan yang meletus.

    Pertempuran dikatakan berlaku sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan 1948 Israel, yang kebetulan diraikan ketika perayaan Paskah Yahudi dan Paskah Kristian bertindih dengan Ramadan, bulan suci bagi umat Islam berpuasa.

    Sejak pertengahan April, pertempuran antara polis Israel dan rakyat Palestin telah mencederakan hampir 300 orang di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

    Masjid suci ketiga umat Islam itu turut menjadi tempat suci bagi agama Yahudi yang dikenali sebagai Temple Mount. – AFP

    Anggota polis Israel mengunci pintu masjid Al-Aqsa semasa pertempuran di antara anggota keselamatan Israel dan pembantah kelmarin berikutan kunjungan sekumpulan orang Yahudi di perkarangan masjid di Bandar Lama Baitulmaqdis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...