BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Pendaftaran kelas mengaji Al-Quran dan Iqra serta pendaftaran ahli belia dan beliawanis Masjid An-Na’im Kampung Panchor Mengkubau kini dibuka kepada jemaah masjid, penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.
Pendaftaran bagi kelas mengaji Al-Quran dan Iqra untuk dewasa, borang pendaftaran boleh didapati di masjid berkenaan dan hendaklah dikembalikan tidak lewat dari 30 April dan untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah berhubung terus dengan Awang Syu’aib melalui talian SMS atau WhatsApp di 8893596.
Manakala bagi pendaftaran menjadi ahli belia dan beliawanis masjid, borang pendaftaran boleh didapati di masjid berkenaan dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Penyelia Hal Ehwal Belia, Awang Hazrin bin Majid, 8236654 atau dihantar terus ke Masjid An-Na’im.
