Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid baharu dibina di Kampung Junjongan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Dengan peruntukan hampir $5 juta daripada Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam, sebuah masjid baharu akan dibina bagi menggantikan Masjid Kampung Junjongan di tapak lama masjid berkenaan.

    Pembinaan masjid baharu berkenaan merupakan inisiatif Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam memeduli kebajikan dan keselesaan tempat ibadah para jemaah masjid tersebut.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, setakat ini KHEU melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah menggunakan Dewan Sekolah Rendah Junjongan untuk para jemaah dan penduduk Kampung Junjongan serta persekitarannya bagi menunaikan sembahyang Fardu Jumaat buat sementara waktu sehingga projek pembinaan masjid baharu itu siap sepenuhnya.

    Manakala itu, bagi sembahyang fardu lima waktu, para jemaah masjid dan penduduk kampung serta sekitarnya akan bersembahyang di masjid-masjid yang berdekatan.

    Penandatanganan bagi projek pembinaan masjid baharu berkenaan telah diadakan pada 30 Oktober yang lalu dan dijangka siap dalam tempoh 20 bulan.

    Kenyataan menyatakan, pembinaan masjid baharu dengan kapasiti 1,624 orang itu diharap akan dapat memberikan keselesaan kepada penduduk kampung berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda