Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Dengan peruntukan hampir $5 juta daripada Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam, sebuah masjid baharu akan dibina bagi menggantikan Masjid Kampung Junjongan di tapak lama masjid berkenaan. Pembinaan masjid baharu berkenaan merupakan inisiatif Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam memeduli kebajikan dan keselesaan tempat