Isnin, Julai 28, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Hassanal Bolkiah Tutong adakan majlis khatam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 28 Julai – Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong telah mengadakan Majlis Khatam Al Quran di masjid berkenaan kelmarin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan doa Khatam Al Quran oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid (SKIPPA), Abd Hafiz bin Haji Kadiroshman.

    Bacaan Ayat-ayat lazim juzuk 30 dibacakan oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, Sahibol Omar bin Haji Yusof, sementara terjemahan ayat dibacakan oleh Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, Haji Azhar bin Haji Yahya.

    Tadarus Al Quran setiap Subuh beserta terjemahannya merupakan aktiviti harian Masjid dalam usaha menerapkan membaca Al-Quran sebagai amalan seharian serta dijadikan panduan dalam kehidupan serta difahami maknanya dengan sebaiknya.

    Majlis khatam berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Ahli Jawtankuasa Takmir, Muslimah dan Kumpulan Belia Ibadurrahman.

    Antara suasana semasa majlis berkenaan.
    Gambar ramai peserta khatam. – Gambar serahan Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda