Monday, January 20, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Kampung Pengkalan Batu juara futsal

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Masjid Kampung Pengkalan Batu dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Futsal Tujuh Orang Sepasukan yang berlangsung hari ini di Padang Turf UBD.

    Perlawanan yang julung kalinya diadakan itu adalah anjuran bersama masjid dan Majlis Perundingan Kampung (MPK) Perpindahan Mata-Mata Gadong bagi 2025.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah ketua kampung berkenaan, Pengiran Nuramzu Nasri bin Pengiran Haji Mohd Salleh.

    Sementara itu, naib johan pula disandang oleh Masjid Kampung Tamoi, diikuti tempat ketiga Masjid Kampung Tungku.

    Perlawanan tersebut telah disertai oleh 10 pasukan yang terdiri daripada dua
    pasukan tuan rumah dan satu pasukan daripada MPK Perpindahan Mata-Mata Gadong, manakala tujuh lagi dari masjid-masjid di Brunei.

    Pengiran Nuramzu Nasri dan pasukan Masjid Kampung Pengkalan Batu bergambar ramai semasa pertandingan itu. – GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIM BIN HAJI ISMAIL
    GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIM BIN HAJI ISMAIL
    GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIM BIN HAJI ISMAIL
    GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIM BIN HAJI ISMAIL
    GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIM BIN HAJI ISMAIL
    GAMBAR SERAHAN ABDUL AZIM BIN HAJI ISMAIL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda