BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid memaklumkan bahawa Masjid Kampung Bukit Panggal, Daerah Tutong akan ditutup sementara bermula esok (Jumaat, 11 Ogos 2017) kerana tidak selamat untuk digunakan.
Sehubungan itu, KHEU dalam kenyataannya menasihatkan jemaah masjid berkenaan dan penduduk sekitarnya untuk menggunakan masjid-masjid yang berdekatan untuk menunaikan sembahyang fardu lima waktu, sembahyang fardu Jumaat serta aktiviti-aktiviti keagamaan.