Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Kg Kilanas adakan majlis penutup dikir

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Selepas laungan Dikir Syarafil Anam bergema selama 12 malam berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Kilanas telah mengadakan majlis penutup dikir di masjid berkenaan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

    Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof yang juga selaku penaung I, AJK Takmir Masjid Kampung Kilanas.

    Menurut kenyataan AJK takmir masjid berkenaan, pada tahun ini mereka telah menjemput sebanyak 15 pasukan Dikir Syarafil Anam dari luar kampung yang terdiri daripada Pasukan Dikir Kementerian Pertahanan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara dan banyak lagi.

    Antara tujuan utama majlis dikir diadakan di masjid berkenaan adalah untuk menggalakkan semua ahli dan penduduk kampung serta jemaah masjid untuk ikut serta dan menjayakan majlis dikir di samping menggalakkan masyarakat kampung untuk mengimarahkan masjid sekali gus memupuk semangat kerjasama dan merapatkan silaturahim.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan solat Fardu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Tahlil dan dikir yang diketuai oleh imam masjid berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti dan Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa menghadiri majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda