Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Kg Sg Besar adakan khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Jemaah tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini, mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi menzahirkan kesyukuran selepas tamatnya bacaan 30 juzuk Al-Quran.

    Hadir dan menyertai majlis itu, Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Zaini bin Haji Damit. Juga hadir ialah Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan bacaan Surah Ad-Duha sehingga Surah An-Nas yang dikepalai oleh Awang Abdul Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin.

    Sementara itu, Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Pengiran Hassan Basri bin Pengiran Haji Ismail.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu ibadah bagi jemaah tadarus Subuh Masjid Kampung Sungai Besar yang menyasarkan ‘Satu Bulan Sekali Khatam Al-Quran’.

    Jemaah tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung Sungai Besar bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda