Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Masjid Kampung Sungai Bunga semalam telah menerima sumbangan wakaf berupa dua unit penyaman udara.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Kumpulan Meraih Baraqah, Hajah Florinda binti Haji Majenis. Dengan kemudahan penyaman udara berkenaan, jemaah dapat menunaikan solat atau membuat aktiviti masjid dengan penuh selesa.
Masjid tersebut semakin menjadi tumpuan di sekitar kampung berkenaan dalam menjalan-kan pelbagai aktiviti bukan hanya setakat aktiviti ibadah seperti bersolat, mengaji Al-Quran dan berceramah malah menjadi tempat untuk masyarakat Muslim menjalankan aktiviti sosial seperti pembangunan ummah, pembelajaran, riadah dan perbincangan.
Aktiviti ini merupakan tunjang utama dalam pembangunan masyarakat Islam di kampung tersebut kerana dengan cara ini ia dapat menyuburkan dan mengukuhkan keislaman di sini.
