Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Lubok Pulau terima wakaf van jenazah

    Gambar serahan Masjid Kg Lubok Pulau

    TUTONG, 30 DIS – Masjid Kampung Lubok Pulau, Tutong telah menerima wakaf kereta jenazah daripada keluarga Haji Ramli bin Kikil dan Hajah Zaiton binti Haji Mohd Daud dari Daerah Belait yang diserahkan pagi tadi.

    Kereta jenazah berkenaan telah disampaikan oleh Hajah Aisah binti Saikh Said iaitu ibu Hajah Zaiton kepada wakil Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Muhd Sufian bin Haji Mohd Yassin yang seterusnya menyerahkannya kepada Ketua Imam Masjid Kampung Lubok Pulau, Awang Ahmad Yani Zulkarnain bin Haji Yusof.

    Turut hadir pada majlis itu ialah ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, Muslimah masjid dan ahli keluarga Haji Ramli.

    Majlis didahului dengan ucapan Awang Ahmad Yani Zulkarnain yang merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada keluarga Haji Ramli atas sumbangan wakaf tersebut dan mendoakan semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala yang sentiasa mengalir kepada keluarga pewakaf.

    Majlis juga diselajurkan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah khusus untuk keluarga pewakaf yang telah kembali ke rahmatullah sebelum penyerahan replika kunci kereta jenazah dan seterusnya menikmati jamuan.

    Hajah Aisah ketika menyerahkan replika kunci van jenazah kepada Haji Muhd Sufian.
    Antara yang hadir pada majlis tahlil dan Doa Arwah semasa majlis penyerahan wakaf van jenazah tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda