Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Nabawi agih lebih 11,800 tan air Zamzam sepanjang musim haji

    MADINAH, 20 JULAI – Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi mengumumkan bahawa sebanyak 11,830 tan air Zamzam telah digunakan di Masjid Nabawi sepanjang musim haji 1446 Hijrah, meliputi tempoh dari 1 Zulkaedah hingga 29 Zulhijah.

    Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), pihak berkuasa berkenaan melaksanakan usaha berterusan dan menyeluruh bagi memastikan keselesaan jemaah dengan mengangkut air Zamzam secara berterusan dan profesional dari Mekah ke Madinah sepanjang masa.

    Usaha itu merupakan sebahagian daripada sistem bersepadu yang dikhususkan untuk penyediaan dan pengagihan air Zamzam berkualiti tinggi melalui pelbagai lokasi penyediaan air yang terletak di dalam dan pekarangan Masjid Nabawi. – Bernama

    Gambar menunjukkan jemaah mengisi botol plastik dengan air Zamzam, di kota suci Mekah pada 7 Jun lalu, pada akhir ibadah haji tahunan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda