Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik anjur Majlis Ibadah Korban

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Sebanyak lapan ekor kerbau telah dikorbankan pada Majlis Ibadah Korban anjuran Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Kampung Tungku/Katok dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Tungku/Katok bertempat di perkarangan masjid itu, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pemantau Zon 2 Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Muhd Azrol Alim bin Haji Zaini.

    Majlis yang bermula seawal jam 9 pagi itu telah menyaksikan pengagihan daging-daging korban kepada anak-anak yatim, warga emas dan ibu tunggal yang disempurnakan sesi penyampaiannya oleh tetamu kehormat.

    Haji Muhd Azrol Alim (tengah) hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : Haji Muhd Azrol Alim menyampaikan cenderamata kepada para tetamu yang hadir ke Majlis Ibadah Korban. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda