Oleh Samli
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Masjid Setia Ali, Pekan Muara, hari ini, telah menerima sumbangan sebanyak 240 botol air (330ml) dan enam kotak makanan tin pelbagai jenis daripada Syarikat Jasra Harrisons Sdn Bhd untuk kegunaan masjid berkenaan sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak.
Sumbangan telah diserahkan oleh wakil syarikat tersebut kepada imam masjid berkenaan, Awang Rosli bin Haji Ladis.
Sikap bersedekah merupakan amalan terpuji dari segi agama Islam dalam menyediakan makanan dan minuman kepada jemaah yang berpuasa, secara tidak langsung mendapat ganjaran pahala dalam bulan penuh keberkatan ini.
