Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid SSBRPAD anjur kempen Geng Subuh Macam Jumaat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD), Kampong Manggis, Madang dengan kerjasama syarikat SyaQeela Event Management telah mengadakan acara sembahyang Subuh berjemaah iaitu Geng Subuh Macam Jumaat dan diselajuri dengan Kuliah Subuh.

    Hadir pada acara berkenaan adalah penasihat dan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid SSBRPAD, pengasas dan ahli SyaQeela Event Management, dan selebriti jemputan dari Malaysia, Alif Satar yang juga selaku pengasas Geng Subuh Macam Jumaat di Malaysia.

    Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah yang diimamkan oleh Muhammad Khaizuran Amali bin Hj Kamsani dan seterusnya kuliah Subuh bertajuk Istimewa Di Bulan Syaaban yang disampaikan oleh Penolong Kanan Profesor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan , Ustaz Dr Haji Harapandi Dahri.

    Antara tujuan dan objektif acara berkenaan adalah menggalakkan orang ramai untuk hadir beramai-ramai menunaikan sembahyang berjemaah di masjid dan mengeratkan silaturahim sesama ahli jemaah masjid berkenaan.

     Ustaz Dr Haji Harapandi Dahri semasa menyampaikan ceramah.

    Alif Satar turut dijemput menyertai acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda