Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid Sufri Bolkiah hulur sumbangan untuk mangsa banjir

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Sebanyak 14 buah rumah dari tiga buah kampung, iaitu Kampung Burung Pinggai Berakas, Kampung Jaya Bakti dan Kampung Jaya Setia, yang dikenal pasti terjejas akibat banjir berpunca daripada hujan lebat pada 4 Oktober lalu, telah menerima sumbangan Tabung Khairat dari Masjid Sufri Bolkiah, baru-baru ini.

    Majlis penyampaian derma berkenaan telah diadakan di Dewan Sembahyang Masjid Sufri Bolkiah, Kawasan Perpindahan Berakas.

    Hadir menyempurnakan penyampaian sumbangan itu, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat.

    Majlis tersebut diadakan sebagai salah satu usaha bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir serta menunjukkan keprihatinan pihak masjid terhadap penduduk yang ditimpa musibah.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda