Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid, surau di Sabah dibenar beroperasi kapasiti penuh

    KOTA KINABALU, 31 MAC – Semua masjid dan surau di Sabah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh bagi melaksanakan solat berjemaah tanpa bersentuh fizikal antara jemaah berkuat kuasa esok.

    Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata saf antara satu jemaah dengan jemaah lain adalah berdasarkan saiz sejadah yang digunakan, dan sejadah tersebut mestilah dibawa sendiri oleh setiap jemaah.

    Beliau yang menerima maklumat daripada Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Sabah menerusi Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas negeri itu berkata kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) tersebut juga terpakai bagi solat Jumaat dan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan akan datang.

    “Pada tahun ini, kita (Sabah) telah diberikan sedikit kelonggaran dengan membenarkan semua masjid beroperasi dengan kapasiti 100 peratus dan penjarakan fizikal berdasarkan saiz sejadah. Maksudnya, saiz sejadah yang biasa dipakai…tidak terlampau kecil dan tidak juga besar. Saf rapat, tapi tidak rapat sangat, (para jemaah) tidak bertemu bahu dan tidak bertemu kaki kerana (masing-masing) ikut saiz sejadah.

    “Alhamdulillah, saya fikir lebih daripada separuh kapasiti atau para jemaah boleh masuk solat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda