Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masjid YSHHB anjur kempen kebersihan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Bagi menyemarakkan sambutan Jubli Perak sempena memperingati 25 tahun penggunaan Masjid Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), kempen kebersihan telah diadakan di perkarangan masjid berkenaan, baru-baru ini.

    Kempen itu melibatkan penyertaan daripada ahli jawatankuasa takmir masjid, Muslimah, Belia Imtiyaz serta para jemaah masjid.

    Aktiviti tersebut dijalankan dengan penuh semangat kerjasama dan tanggungjawab bagi memastikan kebersihan serta keindahan rumah Allah sentiasa terpelihara.

    Turut menyertai kempen berkenaan sebagai memberi sokongan terhadap inisiatif itu, Pemangku Ketua Kampung Zon 4 Kampong Ayer, Kampung Bolkiah A & B, Awang Shahminan bin Haji Matzin dan Awang Samsuddin bin Haji Maidin.

    Kempen antara lain bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran masjid di samping memperkukuh ukhuwah antara jemaah dan generasi muda.

    Selain itu, kempen berkenaan menjadi salah satu aktiviti sampingan menjelang Majlis Sambutan Jubli Perak Masjid YSHHB yang akan berlangsung tidak lama lagi.

    Dengan usaha seumpama ini, ia akan terus menjadi budaya dalam kalangan masyarakat Islam, serta mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

    Antara suasana kerja-kerja pembersihan semasa kempen berkenaan. 
    Gambar ramai yang menyertai kempen kebersihan Masjid YSHHB, baru-baru ini. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MASJID YSHHB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda