MAKKAH, 1 MEI – Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kelmarin menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji di Masjidil Haram, lapor agensi berita Arab Saudi (SPA).
Mereka disambut dengan hadiah dan buku kesedaran berbilang bahasa yang bertujuan untuk mempromosikan toleransi, kesederhanaan, kebaikan, kedamaian dan perpaduan Islam.
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menekankan komitmen presiden untuk meningkatkan pengalaman rohani jemaah haji melalui inisiatif digital yang luar biasa.
Usaha tersebut memudahkan akses kepada perkhidmatan keagamaan dan menyampaikan mesej sederhana kedua-dua masjid suci di seluruh dunia, sejajar dengan aspirasi kepimpinan dan nilai toleransi dan kesederhanaan. – Bernama
