Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mason dilantik pengurus West Brom

    LONDON, 3 JUN – West Brom melantik bekas pemain tengah Tottenham dan pengurus sementara, Ryan Mason, sebagai pengurus baharu kelmarin.

    Mason, 33, menandatangani perjanjian selama tiga tahun di Hawthorns dan ditugaskan untuk membawa semula West Brom ke saingan Liga Perdana.

    “Ini adalah kelab besar dengan infrastruktur yang hebat dan peminat yang luar biasa dan saya teruja dengan apa yang boleh kami capai bersama,” kata Mason dalam satu kenyataan.

    West Brom menduduki tempat kesembilan dalam kejuaraan musim lalu dan tidak mempunyai pengurus sejak Tony Mowbray dipecat April lalu.

    Selepas kariernya sebagai pemain bola sepak ditamatkan awal akibat kecederaan kepala yang serius, Mason kembali ke Spurs sebagai jurulatih pada 2018.

    Dia kemudian naik pangkat sebagai pengurus sementara pada 2021 dan 2023 berikutan pemecatan Jose Mourinho dan Antonio Conte.

    Mason adalah sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Ange Postecoglou ketika Tottenham menamatkan penantian selama 17 tahun untuk memenangi trofi dengan menjulang Liga Europa bulan lalu.

    “Ryan telah menjadi sebahagian daripada Tottenham Hotspur selama beberapa tahun, baik sebagai pemain dan jurulatih,” kata pengerusi Spurs, Daniel Levy.

    “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ryan atas semua dedikasi dan kerja kerasnya selama ini dan kami mendoakan kejayaannya untuk masa depan,” tambahnya. – AFP

    Gambar bertarikh 30 April 2023 menunjukkan reaksi Mason semasa perlawanan bola sepak di Anfield di Liverpool, England. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda