Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mason Mount berpindah ke Man United

    MANCHESTER, 5 JULAI – Sambil merenung terus ke kamera, Mason Mount mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada penyokong Chelsea kelmarin, ketika pemain antarabangsa England itu hampir berpindah ke Manchester United.

    Mount, yang merupakan graduan akademi terkenal Chelsea, menghabiskan 18 tahun di kelab London itu.

    Kini dia akan menyertai saingan Liga Perdana Manchester United dalam perjanjian bernilai 55 juta pound dan bersedia menandatangani kontrak lima tahun.

    “Memandangkan spekulasi sejak enam bulan lepas ini mungkin tidak mengejutkan anda, tetapi ia tidak mudah untuk memberitahu bahawa saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan Chelsea,” katanya dalam mesej video yang disiarkan pada Instagram. “Saya tahu sesetengah daripada anda tidak akan gembira dengan keputusan saya tetapi ia adalah yang sesuai untuk saya pada masa ini dalam kerjaya saya.”

    Mount, yang berambut perang yang diluntur dan berkulit sawo matang dari percutian baru-baru ini, berkata peminat berhak lebih daripada ‘sekadar kenyataan bertulis’, sambil menambah “Kita telah melalui banyak perkara bersama.”

    “Saya ingin memberitahu anda betapa saya berterima kasih atas semua sokongan anda selama 18 tahun yang lalu,” katanya.

    Pemain tengah itu menyertai Chelsea ketika berusia 6 tahun dan menjadi kegemaran peminat selepas naik pangkat untuk menjadi pemain utama dalam kejayaan kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara pada 2021.

    Dia membuat 195 penampilan dan menjaringkan 33 gol. Dia telah pergi dari dinobatkan sebagai pemain terbaik akademi kelab pada 2017, kepada memenangi anugerah pemain pasukan pertama tahun ini pada 2021 dan 2022.

    Semasa berada di Chelsea, Mount yang berusia 24 tahun itu juga membuktikan dirinya sebagai pemain tetap untuk England.

    Kini dia bersedia untuk memulakan babak seterusnya dalam kerjayanya di United, dengan pengurus Erik ten Hag menjadikannya sasaran utama menjelang kembalinya kelab itu ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Kontrak Mount di United akan mempunyai pilihan untuk 12 bulan lagi.

    United juga perlu membayar tambahan 5 juta pound kepada Chelsea berdasarkan dia mencapai sasaran tertentu. – AP

    Mason Mount telah mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada peminat Chelsea ketika pemain antarabangsa England itu hampir berpindah ke Manchester United. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda