Thursday, May 8, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mastera adakan mesyuarat dalam talian

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI –Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) Brunei Darussalam telah mengadakan Mastera Mesyuarat Sekretariat/Musyawarah Mastera 2025 yang disertai oleh para perwakilan negara anggota Mastera dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura secara dalam talian baru-baru ini.

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DDBP) selaku Sekretariat Mastera Brunei Darussalam turut menghadiri mesyuarat berkenaan dalam satu ruang antara perwakilan Mastera Brunei Darussalam.

    Mesyuarat dihadiri oleh Pemangku Timbalan Pengarah selaku Timbalan Pengerusi Mastera Brunei, Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit dan juga merangkap Ketua Perwakilan Mastera Brunei Darussalam dan Ketua Bahagian Sastera dan Majalah selaku Setiausaha Mastera Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Haji Mohd Ali bin Haji Radin, serta pakar-pakar dan ahli serta Urus Setia Mastera Brunei Darussalam.

    Mesyuarat tersebut merupakan komitmen serta obligasi negara dalam organisasi serantau bagi menyelaras program dan projek Mastera merujuk pelan strategik Mastera selain mengukuhkan jalinan kerjasama serantau antara negara anggota melalui Mastera, dalam mendukung hasrat, misi dan visi, Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mesyuarat tersebut juga akan membincang, meneliti dan melaksana program atau projek Mastera yang telah disepakati dalam Keputusan Umum Sidang Mastera sebelumnya.

    Semua di atas: Sekitar suasana mesyuarat berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN DBP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda