Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Masuk jel gara-gara jual minuman ke Korea Utara

    SINGAPURA, 13 DIS – Seorang lelaki Singapura telah dihukum penjara kerana menjual minuman susu strawberi dan kopi bernilai hampir AS$1 juta ke Korea Utara, berikutan sekatan-sekatan perdagangan dari negara bandar itu yang termasuk menghantar minuman beralkohol dan pewangi ke Pyongyang.

    Korea Utama telah dikenakan sekatan-sekatan, termasuk dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kerana ujian-ujian nuklear dan misil balistiknya, sementara Singapura menggantung hubungan perdagangan dengan negara itu pada 2017.

    Phua Sze Hee, 59, bekas pengurus di syarikat minuman Pokka International, dijatuhi hukuman penjara se-hingga lima minggu kelmarin, selepas dia mengaku bersalah.

    Dari 2017 hingga 2018, dia menjual minuman-minuman termasuk susu berperisa strawberi dan kopi kepada beberapa buah syarikat Singapura, mengetahui bahawa mereka akan mengimport ke Korea Utara bagi penjualan di sana.

    Dia tidak mendapat sebarang komisen daripada jualan berkenaan, tetapi ia membolehkannya mencapai sasaran jualan bulanan, menurut dokumen-dokumen mahkamah.

    Dokumen-dokumen berkenaan menambah bahawa pada 2014, seorang pelanggan telah memperkenalkan Phua kepada “seseorang bernama Kim, yang bekerja sebagai duta di Kedutaan Korea Utara di Singapura” dan kemudian diperkenalkan kepada seorang lagi kakitangan di kedutaan berkenan.

    Pokka tidak segera memberi respons kepada AFP.

    Hukuman maksimum bagi mengeksport barangan dari Singapura ke Korea Utara adalah denda sehingga S$100,000 atau tiga kali ganda nilai barangan yang dieksport, sehingga dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...