Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masuk jel gara-gara telefon polis lebih 2,000 kali

    SAITAMA, JEPUN, 12 DIS – Gara-gara ‘majal’ menelefon polis sebanyak lebih 2,000 kali dalam masa sembilan hari dan memaki hamun kakitangan di sana serta menggelar mereka ‘penyamun cukai dan ‘bodoh,’ seorang lelaki warga emas telah ditangkap baru-baru ini.

    Menurut laporan SoraNews24, antara 30 September sehingga 8 Oktober, lelaki berusia 67 tahun dari wilayah Saitama itu membuat sebanyak 2,060 panggilan ke Ibu Pejabat Polis Wilayah Saitama untuk memaki hamun kakitangan di sana dan memberitahu mereka semua sepatutnya dipecat.

    Jumlah panggilan itu secara puratanya adalah satu panggilan setiap enam minit dan jumlah masa bercakap sekitar 27 jam dalam jarak sembilan hari.

    Akhirnya, polis menyerbu rumah warga emas itu dan memberkasnya kerana menghalang tugas-tugas polis. Dia mengaku dakwaan itu dan mengatakan ‘saya tahu polis akan datang juga satu hari.’

    Siasatan ke atas kes pelik itu masih lagi dijalankan, namun kerana lelaki Jepun yang namanya tidak didedahkan, tidak memberi kerjasama dengan polis, alasan dia membuat ribuan panggilan dalam masa sembilan hari mungkin tidak akan diketahui. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda