Wednesday, December 18, 2024
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masuk panggung setelah ‘terperam’ 8 tahun

    Andai mengikut perancangan asal, filem Sayu Yang Syukur arahan Datuk Aaron Aziz mahu ditayangkan pada 2016. Namun, dek beberapa kekangan, selain enggan produk bagai melepaskan batok di tangga, filem bergenre drama romantik ini akhirnya memasuki pawagam, sejak 28 Disember lalu.

    Memberi penjelasan mengapa tayangan filem terbitan Nusanbakti Production ini tertangguh lapan tahun, Aaron berkata, selain proses pasca produksi yang mengambil masa lama, pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjadi faktor .

    “Filem ini selesai menjalani penggambaran pada 2016 dan kita ambil masa agak lama untuk proses suntingan.

    “Kami terpaksa buat suntingan banyak kali kerana filem ini dirasakan terlalu panjang dan saya tak mahu naskhah ini meleret-leret.

    “Apabila kerja suntingan selesai dan sedia untuk ditayangkan, PKP dilaksanakan berikutan penularan virus COVID-19.

    “Apabila keadaan kembali okay, kami dapati ada banyak genre filem lebih kurang sama. Jadi, kami putuskan untuk tangguh dahulu tayangan kerana tidak mahu kacau pasaran.

    “Saya bersyukur filem ini akhirnya dapat ditayangkan tahun ini,” katanya.

    Berkongsi lanjut pembikinan filem kedua arahannya itu, Aaron berkata, pada mulanya dia hanya ditawar sebagai pelakon sebelum diberi tanggungjawab duduk di kerusi sutradara.

    “Apabila mereka tawarkan jadi pengarah, saya tidak terus setuju. Sebaliknya, saya lihat dahulu skrip.

    “Sebelum terima tawaran, saya letak syarat iaitu mahu membuat olahan dari segi skrip dan perwatakan. Mereka (penerbit) terima syarat itu.

    “Selain itu, saya buat banyak permintaan sampingan seperti sediakan haiwan seperti rusa sebagai ‘props’ dan bina pondok atas bukit.

    “Walaupun genre karya ini drama romantik, saya tidak mahu ia menjadi terlalu tipikal,” katanya. – Agensi

    Aaron mengaku tertekan dan tidak cukup tidur sepanjang pembikinan filem Sayu Yang Syukur arahannya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda