Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Masukkan’ matahari dalam kereta

    MOSCOW – Seorang wanita merakam gambar kreatif yang menunjukkan seorang lelaki seolah-olah ‘berusaha untuk memasukkan’ matahari ke dalam but keretanya baru-baru ini, lapor akhbar Daily Record kelmarin.

    Jurugambar yang bernama Diana Badmaeva, berusia 37 tahun telah menangkap gambar tersebut ketika matahari sedang terbenam di bandar peranginan Arshad di Rusia.

    Dia telah mengatakan bahawa gambar itu tidak sukar dirakam seperti yang disangkanya kerana sebelum ini dia juga mengambil banyak gambar matahari terbenam.

    “Perkara utama untuk menangkap gambar adalah untuk menyusun suasana yang anda kehendaki secepat mungkin kerana matahari akan terbenam dengan pantas di ufuk dan anda hanya mempunyai masa beberapa minit sahaja untuk melakukannya.

    Dia juga menekankan betapa pentingnya jarak yang perlu diambil kira antara model dan jurugambar supaya ilustrasi gambaran yang diinginkan seolah-olah sempurna apabila menangkap gambar.

    “Perkara paling sukar adalah jarak antara model dan kedudukan saya, iaitu kira-kira hampir satu kilometer,” katanya.

    Suaminya, Nikolai adalah model yang digambarnya dengan aksi seolah-olah hendak memasukkan matahari ke dalam but kereta itu baru-baru ini.

    “Saya dan suami saya bercakap menerusi telefon supaya dia dapat melakukan seperti yang saya kehendaki,” tambah Diana. – Agensi

    Sebuah gambar menunjukkan seorang lelaki seolah-olah memegang matahari dan ingin memasukkannya ke dalam kereta. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda