Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masya manfaatkan kebolehan berbahasa Mandarin

    Kebolehan dan kefasihan berbahasa Mandarin tidak dipersia-siakan penyanyi Masya Masyitah, 21, apabila merakamkan single solo pertama berjudul Jiu Meng Xin Su.

    Single Jiu Meng Xin Su ciptaan Kai Kai dan diterbitkan Peng Chu yang dilancarkan pada 25 Jun lalu menjadi bukti kefasihan penyanyi tinggi lampai itu berbahasa Mandarin sejak bangku sekolah lagi.

    Sebelum ini, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nur Masyitah Yusoff pernah merakamkan single Mandarin berjudul Zuo Jian berduet bersama Jeryl Lee.

    Masya berkata, karya ke-dua itu tiada kaitan dengannya di alam realiti.

    “Ia mengisahkan seorang kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan. Namun, malang menimpa apabila teman lelakinya terpaksa menyembunyikan penyakit dialaminya dan mendiamkan diri.

    “Teman wanitanya tertanya-tanya, malah mereka berpisah dengan pengakhiran menyayat hati. Bagaimanapun, ia bukanlah kisah cinta saya. Ia mungkin imaginasi atau pengalaman yang hanya diketahui komposer lagu ini,” katanya.

    Kehadiran single Jiu Meng Xin Su juga menggembirakan hati juara program realiti kanak kanak, Ceria Popstar musim kedua pada 2014 itu – Agensi

    Tidak mensia-siakan kebolehan berbahasa Mandarin, Masya Masyitah merakamkan single solo pertama berjudul Jiu Meng Xin Su. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda