Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masyarakat antarabangsa diseru tangani krisis Ukraine

    NEW YORK, 6 MEI – Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun berkata usaha untuk mendorong gencatan senjata perlu diperkasakan bagi menamatkan konflik antara Rusia dan Ukraine.

    Beliau turut mengulangi seruan China supaya pihak-pihak terbabit menjamin keselamatan rakyat dan kemudahan awam serta mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan. 

    Di samping itu, bantuan kemanusiaan perlu mengutamakan golongan rentan termasuk wanita dan kanak-kanak.

    Beliau berkata demikian dalam sesi perbahasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Ukraine pada Khamis. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda