Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masyarakat Bangladesh di Brunei raikan Tahun Baharu Benggali

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Masyarakat Bangladesh di Brunei hari ini meraikan Tahun Baharu Benggali dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran pada majlis yang berlangsung di premis Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh di Kampung Tanah Jambu.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Brunei, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona.

    Keraian diisikan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian tradisional bagi menghiburkan tetamu yang hadir, lengkap dengan pakaian tradisional Bangladesh.

    PYT Nahida Rahman Shumona dalam ucapan ringkas pada majlis itu menjelaskan kepentingan Tahun Baharu Benggali yang disambut setiap tahun pada 14 April yang bertepatan dengan bulan Ramadan tahun ini dan tidak disambut pada tarikh tersebut untuk menghormati bulan suci Ramadan.

    Ia bagaimanapun disambut pada hari ini bagi memastikan sambutan itu tetap diingati oleh masyarakat Bangladesh yang jauh dari negara mereka, selain mengucapkan kesejahteraan kepada orang lain dan meraikan persahabatan dan kecintaan kepada tanah air mereka.

    PYT Nahida Rahman Shumona turut mengucapkan selamat menyambut hari keputeraan dan berdoa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan rakyat Brunei berada dalam kesejahteraan
    dan kebahagiaan.

    Pengiran Mohammad Amirrizal hadir selaku tetamu kehormat majlis. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Acara sambutan Tahun Baharu Benggali yang diadakan di premis Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda