Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Masyarakat Islam India tunai solat Sunat Hajat khas

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Masyarakat Islam India di Negara Brunei Darussalam baru-baru ini turut sama mengadakan sembahyang Sunat Hajat di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

    Majlis berkenaan dikhususkan bagi memohon doa perlindungan, kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Sejurus menunaikan sembahyang Fardu Isya, majlis diteruskan dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat.

    Majlis tersebut jelas menggambarkan semangat perpaduan terus mengalir dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini, tanpa mengira bangsa dan status. Hal ini juga sebagai salah satu usaha sebagai hamba Allah untuk sama-sama meraih redhaNya dalam menempuhi kehidupan seharian.

    Masyarakat Islam India di Negara Brunei Darussalam baru-baru ini turut sama mengadakan sembahyang Sunat Hajat di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop. – GAMBAR SERAHAN WAKIL MASYARAKAT ISLAM INDIA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN WAKIL MASYARAKAT ISLAM INDIA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda