Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mata biru macam Karisma Kapoor

    Sebelum ini penangan anak Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan, iaitu Taimur Ali Khan. Kini, orang bercerita pula anak perempuan pasangan hebat Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor pula.

    Membuat kemunculan di khalayak ramai, Raha mencuri perhatian dek matanya yang berwarna biru. Raha yang didukung Ranbir dan ditemani Alia tampil bergambar di depan media dan paparazi India pada Krismas lepas.

    Video si kecil menjadi tular di media sosial dalam masa yang singkat. Bukan sahaja media, warganet turut terpukau dengan mata biru Raha sehingga ada yang bersetuju baka generasi Kapoor sangat kuat pada Raha. Ada yang komen, muka Raha saling tak tumpah seperti makciknya Karisma Kapoor, dek mata biru yang besar itu.

    Memetik laporan Murai MY, sesetengah pengguna media sosial mengatakan bahawa Raha kelihatan sama seperti datuknya Rishi Kapoor, malah moyangnya Raj Kapoor. Yang pasti rata-rata memanggilnya comel dan memuji mata birunya itu. – Agensi

    Akhirnya Alia Bhatt tunjuk muka anak. – Murai.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda