LONDON, 16 Sept – Penyerang Liverpool Roberto Firminho berkemungkinan terlepas saingan Liga Juara-juara menentang Paris Saint-Germain setelah matanya tercedera dalam saingan yang menyaksikan Liverpool menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur.
Pemain Brazil itu diturunkan di Wembley, namun terpaksa digantikan 15 minit sebelum separuh masa pertama berakhir selepas tangan Jan Vertoghen tertusuk mata kirinya tanpa senghaja.
“Ujian hospital mengesahkan pelelasan mata, tetapi tiada kecederaan kekal,” menurut kenyataan Liverpool.
“Masalah ini akan dipantau dan dirawat oleh kakitangan perubatan Liverpool di Melwood sebelum keputusan dibuat sama ada Firmino dapat beraksi dalam Liga Juara-juara, malam Selasa dengan Paris Saint-Germain di Anfield. Pada peringkat ini, pemain No.9 ini tidak akan diketepikan.”
Ketidakhadiran Firmino akan menjadi tamparan hebat kepada finalis Liga Juara-juara musim lalu itu, yang memulakan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut. – AFP