MATA letih, tidak selesa dan kekeringan selalunya mencetuskan banyak persoalan berkaitan pemakanan, gaya hidup serta suasana sekeliling. Bagi kebanyakan orang, simptom sedemikian dipandang remeh, apa lagi selepas seharian menghadap kerja di pejabat. Realitinya, masalah mata tidak hanya bermula selepas anda penat menumpukan perhatian kepada kerja. Imbas kembali rutin harian dan lihat semula punca mata letih.