Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mata wang baharu Zimbabwe alami permulaan kasar

    HARARE, 10 APRIL – Mata wang baharu Zimbabwe yang bersandarkan emas bermula dengan huru-hara, dengan kedai hanya menerima dolar AS kelmarin dan menyusahkan rakyat Zimbabwe beratur di luar bank selama berjam-jam untuk mengakses simpanan mereka.

    ZiG – singkatan bagi Zimbabwe Gold – secara rasmi memulakan dagangan pada Isnin, hanya beberapa hari selepas diumumkan ia akan menggantikan dolar Zimbabwe, yang telah jatuh nilainya sepanjang tahun lalu, menyebabkan inflasi melonjak.

    Namun, orang ramai di negara itu belum bersedia untuk perubahan tersebut.

    Kebanyakan bank mengalami masalah sistem kelmarin, kerana mereka sedang berusaha untuk mengalihkan sistem meraka kepada ZiG.

    Ini menyebabkan barisan panjang di luar beberapa cawangan di ibu negara Harare, dengan ratusan orang menunggu berjam-jam untuk mengeluarkan wang tunai atau mengakses dana mereka.

    “Saya menghabiskan sepanjang pagi menunggu bank kembali dalam talian,” kata seorang pemegang akaun yang tidak berpuas hati kepada AFP.

    “Tidak berjaya. Terkandas. Pihak bank mengatakan mereka tidak tahu bila mereka akan kembali dalam talian.” – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda