![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/12/P1-1A_301217-300x200.jpg)
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Mata wang kenang-kenangan $50 yang dilancarkan pada 5 Julai lalu sempena ulang tahun Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata wang antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura telah mendapat pengiktirafan daripada International Hologram Manufacturers Association (IHMA) kerana memiliki ciri-ciri keselamatan optik pada mata wang tersebut.
Ciri-ciri keselamatan pada mata wang itu bukan saja memenangi Anugerah Ciri-ciri Sekuriti yang Terbaik dalam Anugerah Excellence in Holography 2017, malah meraih Anugerah Pujian dalam Kategori Inovasi dalam Teknologi Holografi. (Klik di sini untuk berita lanjut)