Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Mata wang Lubnan susut nilai

    BEIRUT, 19 SEPT – Mata wang Lubnan pound telah mencecah tahap rendah baharu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di pasaran gelap, kemerosotan yang berlaku serentak dengan penutupan bank pada minggu ini disebabkan rompakan oleh penyimpan.

    Pound dijual hampir 38,500 berbanding dolar hari ini, menurut laman web yang mengawasi kadar tukaran. Ia telah merosot kepada 38,600 berbanding dolar pada Jumaat sebelum naik sedikit.

    Kemerosotan dalam beberapa hari ini menandakan tahap rendah untuk mata wang negara itu.

    Selama beberapa dekad, pound Lubnan ditambat pada 1,500 berbanding dolar, bermakna ia telah kehilangan kira-kira 95 peratus daripada nilainya sejak 2019.

    Krisis kewangan itu sebahagian besarnya berpunca daripada rasuah dan salah pengurusan kerajaan yang telah mencetuskan krisis ekonomi paling teruk dalam sejarah Lubnan.

    Bank Dunia telah menggelar krisis kewangan salah satu yang paling teruk sejak abad ke-19.

    Memburukkan lagi keadaan, penyimpan Lubnan tidak dibenarkan mengeluarkan simpanan mata wang asing dalam peraturan kawalan perbankan negara yang diperketat sejak 2019.

    Perwakilan IMF dijangka tiba di Lubnan hari ini untuk memantau pelaksanaan pembaharuan berikutan perjanjian pada April mengenai program pinjaman bernilai AS$3 bilion.

    “Perkembangan dianggap perlahan dalam pelaksanaan beberapa perkara kritikal yang kami fikir adalah perlu untuk meneruskan program tersebut,” kata jurucakap IMF Gerry Rice pada minggu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -