Daripada aiskrim matcha ke kek dan coklat, pengeluar-pengeluar tradisional teh hijau Jepun merebut peluang di atas kecenderungan peminatnya dalam perisa matcha sehingga permintaan untuk meminum teh tersebut di rumah semakin berkurangan.
Kedai teh Shigehuko Suzuku di pusat Jepun, dihiasi dengan tirai tradisional ‘noren’ dan para pelanggan akan membanjirinya tetapi lebih menginginkan kepada secedok aiskrim atau kek daripada teh hijau.
Pada tahun 1998, Syarikat Suzuki, Marushichi Seicha mula membuat serbuk teh hijau matcha secara tradisional dengan menggunakan pemukul buluh di bilik kecil. Sekarang syarikat itu telah mengeksport 30 tan teh hijau ke Amerika, Afrika, Asia dan Timur Tengah.
“Permintaan untuk matcha meningkat secara mendadak di dunia… Ada yang meminta untuk aiskrim, pencuci mulut dan kopi,” kata Suzuki memberitahu AFP di kedainya di Fujieda. Jepun telah mengeksport lebih daripada 5,000 tan teh hijau, kebanyakannya ke Amerika Syarikat dan pada tahun lalu, ia mencecah lebih daripada 10 kali ganda daripada dua dekad yang lalu.
Namun di Jepun, penggunaan daun teh hijau sebagai minuman telah menurun daripada 1,174 gram untuk setiap isi rumah pada tahun 2001 hingga 844 gram pada 2015, menurut maklumat kerajaan yang terkini.


Secara tradisionalnya Jepun meminum teh hijau bersama nasi tetapi sekarang ia jarang sekali dilakukan kerana diet kini kurang bergantung kepada bijian. Dengan perubahan itu, cawangan Suzuki menjadi aiskrim berperisa matcha sembilan tahun yang lalu dan membuka kedai di mana pelanggan boleh memilih gelato daripada tujuh peringkat kepahitannya.
Ia menjadi sangat popular sehingga beliau membuka lagi cawangannya di Tokyo dan di lokasi tradisinya, Kyoto.
Penanam teh seperti Yoshio Shoji, berusia 67 tahun juga mengikut trend dengan menanam daun matcha kerana ia memberikan harga tinggi daripada ‘sencha’, iaitu daun berbentuk seperti jarum digunakan untuk membuat teh tradisional Jepun.
Menurut Persatuan Pengeluaran Teh Jepun, daun matcha dijual dengan harga AS$30 untuk satu kilogram secara purata jika dibandingkan dengan sencha yang berharga 1400 yen.
Matcha dikembangkan pada abad ke-16 Kyoto ketika mahaguru teh, Sen no Rikyu menubuhkan majlis teh tradisional yang dikenali sebagai ‘chanoyu’. Sencha telah dicipta dua abad selepas itu dan kaedah pengeluarannya telah tersebar dengan cepat.
Teh tradisional Jepun juga mengalami masalah pengeluaran, kata Susuki.
“Minuman itu seperti untuk orang yang berusia 60 tahun ke atas. Lebih muda orang itu, lebih banyak mereka minum kopi. Teh tidak lagi menarik kepada pelanggan. Keutamaan kami adalah untuk meningkatkan pengeluarannya,” katanya lagi.
Di Saryo Tokyo, gaya ruangan zen putih di kawasan kejiranan, ‘barista’ Yuka Ihara membuat teh Jepun dalam cawan yang istimewa.
“Terdapat satu adat tradisi mengenai teh dan teh botol. Namun sesuatu di antaranya seperi kafe di mana pelanggan akan menikmati teh dengan suasana yang tenang,” kata Ihara.
“Ia sangat penting untuk mencari jalan baharu dalam menghidangkan dan merasa teh itu, termasuk resipi baharu yang membuat orang menemui semula nilai teh Jepun.”
Mikito Tanimoto, pengarah yang mengasas Tokyo Saryo pada tahun 2017 mengatakan bahawa teh Jepun dianggap sebagai ketinggalan zaman.
“Tetapi kami akan membuatnya lebih menarik. Penduduk Jepun menjual kimono dan majlis teh dari segi tradisi, tetapi buat masa ini, peladang sedang menangis kerana mereka tidak mampu untuk hidup, kata Stephene Danton, warga Perancis yang memiliki teh Jepun di Tokyo.
Danton menggabungkan teh hijau dengan pelbagai perisa daripada buah mangga ke plum sehingga perasa asing yang tidak biasa dengan kepahitan teh Jepun.
Semasa Suzuki menikmati beberapa kejayaan dalam meluaskan produk matcha, beliau ragu-ragu sama ada industri tersebut terselamat daripada saingan sengit di seluruh dunia.
“Kerana matcha popular di seluruh dunia, ia telah dibuat di seluruh dunia. Jepun bukan lagi satu-satunya negara yang membuatnya,” kata Suzuki. – AFP
Kek Keju Teh Hijau
Bahan-bahan
18 biskut oreo
45gram mentega yang dicairkan
250gram krim keju
200ml krim putar
1/2 jus lemon
45 gram serbuk teh hijau
2 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
100 gram gula halus
Sedikit pewarna hijau.
Cara-cara
Panaskan oven 170c.
Untuk asasnya, masukkan biskut ke dalam mesin proses makanan dan kisar halus. Masukkan juga keju dan gaul sebati.
Masukkan biskut ke dalam loyang dan ratakan. Simpan di dalam peti ais sementara buat adunan kek.
Untuk kek, masukkan kesemua bahan ke dalam mesin proses makanan dan kisar sebati.
Alihkan adunan ke dalam mangkuk. Masukkan pewarna hijau dan gaul sebati.
Ambil loyang tadi dan curahkan adunan kek di dalamnya.
Bakar selama 40 sehingga 45 minit.
Pada minit ke 30, bungkus kek dengan aluminium foil untuk mengelakkan atas kek terlalu perang.
Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Biarkan selama empat jam atau lebih baik semalaman sebelum dipotong.
Puding Matcha
Bahan-bahan
1/2 cangkir santan kelapa atau susu almond atau susu biasa
1 sudu makan biji chia
Pemanis sesuai selera boleh pakai madu untuk pilihan paling sihat)
2 sudu teh serbuk matcha
Cara Membuat:
Masukkan susu dan serbuk matcha, aduk rata.
Masukkan pemanis dan biji chia.
Gaul rata dan masukkan dalam gelas atau mangkuk dan simpan ke dalam peti ais selama kurang lebih 30 minit. Puding siap dinikmati.
Puding ini mengandung antioksidan yang sangat baik untuk tubuh.
Kaya klorofil dan vitamin penting. Puding ini sangat baik untuk detoksifikasi tubuh dan menjaga kulit tetap bersih.