KUALA LUMPUR, 7 NOV – Bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies kembali menyertai kem latihan Harimau Malaya sebagai persiapan menentang Nepal bagi aksi kelima Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2026 pada 18 November ini.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski turut membawa masuk tonggak Kuala Lumpur (KL) City, Ryan Lambert dan Aliff Izwan Yuslan serta Muhammad Ubaidullah Shamsul yang juga pemain bawah 23 (B-23) negara itu.
“Cklamovski telah mengekalkan seramai 24 pemain dari skuad menentang Laos bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 pada 9 dan 14 Oktober lepas.
Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat pada 10 hingga 17 November sebagai persediaan menghadapi Nepal bagi aksi timbal balik Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa, 18 November di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Bernama


