KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2002 – Seorang warga Malaysia berumur 27 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keretanya, ketika sedang berbual-bual dengan bakal isterinya melalui telefon bimbit, dalam perjalanan untuk melangsungkan perkahwinan mereka, menurut laporan akhbar.
Lim Wei Kiong dalam perjalanan menuju ke rumah tunangnya bagi majlis bertukar-tukar lafaz berkahwinan, apabila pengapit lelakinya melihat dia tersandar tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta.
Lim dibawa ke hospital berdekatan, tetapi masih tidak sedarkan diri. Tragedi berlaku di bandar Melaka, 150 kilometer selatan Kuala Lumpur.
Pegawai hospital tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan mereka.
Tunang Lim, yang hanya dikenal pasti dengan nama Soo, berkejar ke hospital apabila mendapat berita mengenai tunangnya.
Akhbar memetik Soo sebagai berkata: “Saya terus memanggil namanya dan melihat air matanya mengalir dari kelopak matanya.”
Pasangan itu bertemu enam tahun lalu ketika bertugas di Singapura.