Thursday, July 17, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maticevski tampil gaya couture

    Oleh Zanyra Dawoud

     

    REKAAN yang dihasilkan oleh pereka fesyen yang baru meningkat naik, Toni Maticevski wajar dipuji apabila berjaya mempersembahkan koleksi busana menarik dengan menampilkan tema couture.

    Sebagaimana yang cukup sinonim dengan gaya yang ditampilkan sebelum ini, konsep rekaan mengikut konsep rekaan patung tetap dizahirkan dalam koleksi terbaru ini di mana ia dapat dilihat pada rekaan gaun putih kembang yang dihasilkan sama ada yang bertingkat atau pun tidak.

    Bagi menzahirkan gaya elegan, gaun berwarna hitam dengan teknik jahitan yang terperinci juga turut dipersembahkan.

    Terdapat juga beberapa rekaan gaun yang turut dilengkapi dengan jaket bagi menzahirkan gaya rock yang feminin.

    Maticevski Resort 2018

    pgm08_190817_b

    pgm08_190817_c

    Menyentuh mengenai pemilihan warna pula, Maticevski juga menggunakan warna-warna asas seperti putih, hitam, kelabu dan gabungan ketiganya.

    Satu-satunya warna terang yang digunakan dalam rekaan fesyen yang ditampilkan dalam koleksi ini adalah merah di mana ia secara tidak langsung turut memberikan gaya yang tersendiri,

    Di samping itu, terdapat juga beberapa rekaan yang turut ditampilkan dengan menggunakan fabrik kain yang bercorak bagi mempelbagaikan gaya couture yang ditawarkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda