Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Matlamat raih kemenangan bersama

    LIENZ, 29 DIS – Walaupun dia baru sahaja memenangi kejuaraan pertamanya, matlamat sebenar Mikaela Shiffrin bukanlah untuk mendapatkan kemenangan bagi dirinya semata-mata.

    Membantu rakan sepasukan pada kejuaraan tiga kali keseluruhan Amerika selepas mendahului di bahagian pertama di Piala Dunia Wanita slalom kelmarin adalah misi utamanya.

    Semasa dia di temu ramah oleh stesen televisyen dan mengambil gambar bersama peminatnya, Shiffrin mengambil gondola untuk naik semula ke atas bukit, untuk berjumpa satu-satunya amatur dari pasukan ski AS, Nina O’Brien, 22.

    “Dia memberikan saya nasihat yang sangat bagus,” kata O’Brien. “Dia memberitahu saya segala-galanya dan apa yang difikirkannya. Ia amat membantu saya untuk lebih merasa yakin.”

    Beberapa minit kemudian, O’Brien, kelahiran San Francisco mengejar tempat ke-20 pertamanya pada Piala Dunia, menamatkannya pada 3.52 saat daripada masa Shiffrin dan gagal untuk melayakkan dirinya ke pusingan akhir.

    “Saya tidak dapat melaksanakan sepenuhnya hari ini, tetapi saya benar-benar menghargainya,” Kata O’Brien mengenai kedatangan Shiffrin, yang juga menguasai perlumbaan kedua dan berakhir dengan memenangi perlawanan.

    “Dia seorang yang memberikan saya inspirasi,” kata O’Brien. “Dia menetapkan bar yang cukup tinggi tetapi ia sangat baik untuk mengejarnya, untuk melihat apa yang dilakukannya dan cuba untuk menirunya.”

    Bagi Shiffrin, naik kembali sekali lagi di bukit tersebut semasa pertandingan Piala Dunia untuk menyokong rakan sepasukan adalah sesuatu yang wajar untuk dilakukan. “Ia sesuatu yang saya mahu lakukan. Melihat kejayaan rakan-rakan sepasukan saya,” katanya. – AP

    Mikaela Shiffrin (atas) meraikan kejayaannya dengan rakan sepasukannya selepas memenangi kejohanan ski, Piala Dunia Wanita Slalom di Lienz, Australia pada 29 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda