Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    MATRADE anjur Hari Eksport 2024 bermula Julai ini

    KUALA LUMPUR, 30 JUN – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan program Hari Eksport 2024 di enam lokasi iaitu Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sarawak, Perak dan Selangor bermula Julai ini.

    Dalam kenyataan hari ini, katanya dalam masa terdekat, acara berkenaan akan berlangsung di MITC Ayer Keroh, Melaka pada 2 hingga 3 Julai dan Hotel Olive Green, Pulau Pinang pada 22 hingga 23 Julai.

    Sehingga kini, lebih 73 peserta daripada 45 syarikat perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) telah berdaftar untuk menyertai Hari Eksport Melaka 2024, kata MATRADE.

    Menurut kenyataan itu, program itu adalah antara platform bagi PMKS di Malaysia untuk mendapatkan maklumat praktikal berkenaan panduan asas mengeksport daripada agensi dan badan penggalakan eksport kerajaan dan swasta.

    Selain itu, PMKS juga akan didedahkan kepada bantuan yang diberikan oleh kerajaan serta perkhidmatan kepada usahawan oleh pelbagai pemain dalam ekosistem eksport negara untuk memulakan langkah mengeksport, katanya.

    Hari Eksport 2024 adalah program pembangunan pengeksport tahunan MATRADE yang diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan rakan strategik agensi berkenaan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...