Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Matsuyama mendahului PGA AS BMW

    WASHINGTON, 28 OGOS – Hideki Matsuyama membuat dua pukulan birdie dalam tiga lubang terakhir, termasuk pukulan hebat menamatkan pukulan leret 67 kaki, untuk merampas kedudukan pendahulu pusingan pertama kejohanan PGA BMW kelmarin.

    Bintang Jepun berusia 28 tahun, itu sedang memburu kejuaraan PGA AS pertama sejak Kejohanan Jemputan WGC Bridgestone pada 2017, membuat pukulan tiga bawah par 67 dalam cuaca berangin di Olympia Fields.

    Pukulan tersebut memberikan dia satu stroke mendahului pemain Amerika Syarikat, Tyler Duncan dan dua pukulan di hadapan pemain Kanada, Mackenzie Hughes, satu-satunya pemain lain untuk memecah par dalam kejohanan playoff Jelajah PGA AS.

    “Saya tidak pasti apa yang saya lakukan hari ini,” kata Matsuyama. “Tetapi pukulan leret terakhir, pukul leret yang jauh dan masuk ke dalam, saya sangat gembira dengan pukulan tersebut, jadi saya akan mengingati pukulan itu.”

    Seramai 30 pemain teratas dalam mata piala FedEx selepas BMW mara ke Jelajah Kejuaraan minggu depan di East Lake di Atlanta, dengan Duncan dan Hughes memerlukan untuk berada di kedudukan atas untuk mara ke musim akhir.

    Padang golf di luar bandar Chicago, menjadi tuan rumah bagi Terbuka AS 2003, mengenakan purata jaringan tertinggi bagi mana-mana pusingan pembukaan PGA 2019-2020, dengan lebih dari 2.5 stroke di atas par.

    Matsuyama memulakan pukulan bogey-birdie-bogey di belakang sembilan, menambah satu pukulan birdie pada 14 tetapi membuat satu lagi pukulan bogey pada 18, sejak itu tuah telah menyebelahinya.

    Matsuyama membuat pukulan birdie pada par-5 pertama, membuat pukulan birdie 11 kaki pada lubang kedua, melakukan pukulan leret birdie 21 kaki pada lubang ketujuh dan merampas kedudukan pendahulu pada lubang kesembilan.

    “Saya melakukan beberapa kesilapan pada permulaan tetapi saya berjaya bangkit dan bermain dengan baik pada penghujung perlawanan, ia adalah merupakan hari yang bagi baik bagi saya,” kata Matsuyama. – AFP

    Aksi Matsuyama semasa kejohanan PGA BMW. Matsuyama mendahului pusingan pertama dalam kejohanan tersebut. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda