LONDON, 1 OGOS – Pelumba basikal England, Matt Walls terbabit dalam kemalangan ngeri pada temasya Sukan Komanwel hari ini apabila dia melanggar penghadang dan terjatuh di atas penonton dekat Lee Valley VeloPark.
Juara acara omnium Olimpik itu yang bersaing dalam kelayakan scratch lelaki 15 kilometer di London, menerima rawatan lebih 40 minit sebelum dibawa dengan ambulans ke hospital.
Penonton juga cedera selepas Walls dan basikalnya melepasi penghadang di selekoh velodrom itu.
Dua lagi atlet, peserta dari Isle of Man, Matt Bostock dan Derek Gee dari Kanada – juga dibawa ke hospital manakala dua penonton menerima rawatan berikuran kecederaan kecil.
Satu kenyataan daripada Team England berkata: “Selepas menda-patkan rawatan di hospital, Matt Walls dibenarkan keluar dengan jahitan di dahi selain lebam namun tiada kecederaan teruk.”
Pasukan Isle of Man berkata, Bostock menjalani ujian imbasan dan ia positif.
Saksi kejadian berkata, disebabkan kecerunan di laluan itu, penonton tidak nampak kejadian itu.
Seorang penonton menerima rawatan akibat luka di tangan manakala seorang remaja wanita turut mendapatkan rawatan. – AFP
